HPA

Nama saintifiknya ialah Quercus infectoria dan kebanyakannya di import daripada India. Ia mempunyai sifat astringen, antiseptik dan hemostatik. Kandungan pirogalotonin didalam manjakani telah dijadikan sebagai ubat keputihan, peradangan sendi dan untuk melangsingkan tubuh.

teh roselle

Produk Minuman Roselle ini berbentuk teh uncang (35 uncang). Ia menggunakan herba Hibiscus Sabdariffa iaitu tumbuhan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang sangat tinggi. Roselle amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya untuk proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang tubuh manusia.

21 Oct 2009

teh Manjakani

Posted by Al-Atiff at 20:42 0 comments

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM 26

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22

Nilai Mata (NM): 6
========================================

Panduan/Petua/Artikel Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkaitan Teh Manjakani

Teh Manjakani
Nama saintifiknya ialah Quercus infectoria dan kebanyakannya di import daripada India. Ia mempunyai sifat astringen, antiseptik dan hemostatik. Kandungan pirogalotonin didalam manjakani telah dijadikan sebagai ubat keputihan, peradangan sendi dan untuk melangsingkan tubuh.

Teh manjakani mempunyai kelebihan yang sangat unit kerana ia baik sekali digunakan untuk wanita bagi keputihan dan mengecutkan peranakan dan tidak memberi kesan negatif jika diambil oleh wanita belum berkahwin.

Kegunaan umum untuk lelaki dan wanita ialah bagi rawatan peradangan sendi, senguh, sakit atau kelebihan asid urid. Kesan jangka panjang yang akan dapat dilihat teh manjakani digunakan untuk melangsingkan tubuh. Ini dapat dilihat setelah 1bulan mengamalkanya. InsyaAllah.

TEH ROSELLE

Posted by Al-Atiff at 20:25 0 comments

Produk Minuman Roselle ini berbentuk teh uncang (35 uncang). Ia menggunakan herba Hibiscus Sabdariffa iaitu tumbuhan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang sangat tinggi. Roselle amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya untuk proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang tubuh manusia.

Khasiat Herba Roselle :

1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.

2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Keadaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL (Low-Density Lipoprotein) akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari terjadinya penyakit tekanan darah tinggi.

3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.

5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.

6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress, dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

7. Masalah lain. Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.

Komposisi: 35 uncang

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM 18.00
Sabah & Sarawak: RM20.00

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia : RM 16.00
Sabah & Sarawak: RM22.00

Nilai Mata: 7

MINUMAN ALG

Posted by Al-Atiff at 20:23 0 comments

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 7

Ulasan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA Berkenaan Minuman ALG

Minuman ALG
Minuman ALG merupakan salah satu produk herba dalam bentuk uncang (sachet) teh . Ia dibuat 100 peratus dari daun kaca beling matang. Selain digunakan untuk tujuan melawaskan kencing, darah tinggi, gout dan batu karang, HPA menggunakan teh ALG untuk tujuan anti kanser atau anti ketumbuhan serta resdung yang serius.

Jika produk coscinium mungkin agak panas kepada sesetengah orang berbeza dengan minuman ALG yang bersifat dingin. Dalam penggunaan harian ada juga masyarakat yang menggunakan herba ini untuk demam panas. Apapun ALG sangat baik digunakan sebagai minuman harian untuk kesihatan.

KOPI RADIX DIET

Posted by Al-Atiff at 20:19 0 comments

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 26

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 20

Nilai Mata (NM): 5

Berita Berkaitan:

Kopi diet untuk pesakit kencing manis memang pahit. Disamping itu ia juga menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Sebenarnya kopi diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kencing manis, gout , darah tinggi , gastrik dan obesiti. Mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu di minum untuk mengekalkan kesihatan.

Kopi diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dan ia juga boleh digunakan untuk masalah impotensi. Kopi diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitannya dan jangan sekali-kali memasukkan gula kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi diet.

Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang bekerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan. InsyaAllah.

Sumber: Blog JawiHerbShop.blogspot.com

RADIX KOKO (1 KG)

Posted by Al-Atiff at 20:16 0 comments

uk ini berbentuk serbuk tidak seperti produk terdahulu yang berbentuk sachet (paket) namun kandungannya (serbuk koko dan ekstrak barli) tetap sama. Cara menyediakan minuman Radix Koko ini ada disediakan pada label produk. Beralihlah segera kepada Radix Koko. Jadikan ia minuman coklat utama anda dan keluarga anda.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 22
Sabah & Sarawak: RM 26

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 22

Nilai Mata (NM): 5

Berita Berkaitan:

1. Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain, itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna. Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah. Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli. Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.

2. Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO. Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi persaing terdekat MILO. RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

Apakah HPA memasukkan herba dalam RADIX KOKO? Jawapannya tidak, kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan. Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA. Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana Kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO. InsyaAllah.

Apa pun keluaran HPA yang akan datang, ulasan yang kita terima daripada pengurus zon utara, Ust Samad beliau berpendapat RADIX KOKO lebih sedap daripada MILO dan akan berjaya mengambil pasaran dinegara ini. Gempur Radix Koko!

Berita dipetik dari blog JawiHerbShop.blogspot.com

SABUN ANTI RESDUNG

Posted by Al-Atiff at 19:50 0 comments

SABUN ANTI RESDUNG



Dirumus khas dengan ramuan herba HPA, Coscinium Plus yang terkenal untuk mengubati resdung dan alahan. Gunakan Sabun Anti Resdung HPA setiap hari bersama Masker Anti Resdung HPA 1-2 kali seminggu. Tanpa pewarna, tanpa pewangi.

Kandungan: Gliserin tumbuhan, Coscinium.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: RM

MASKER ANTI RESDUNG

Posted by Al-Atiff at 19:48 0 comments



Masker terapi resdung dengan Coscinium Blumeanum (Root) membantu mengurangkan alahan resdung pada wajah. Amalkan pemakaian masker 1-2 kali seminggu untuk kesan yang optimum.

Cara penggunaan:

Lekapkan masker pada wajah yang bersih selama 30 minit. Tidak perlu bilas.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 6
Sabah & Sarawak: RM

SABUN SPIRUDETOX

Posted by Al-Atiff at 19:46 0 comments




Kegunaan:

Untuk kegunaan muka dan badan.
Sesuai untuk semua peringkat umur.
Kandungan:

Gliserin tumbuhan, spirulina, tanah liat putih.
Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak: RM

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: RM

SABUN CLAY

Posted by Al-Atiff at 19:43 0 comments




Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia : RM 10.00
Sabah & Sarawak:

Harga Pengedar
Semenanjung Malaysia : RM 8.00
Sabah & Sarawak:

Nilai Mata: 2

Ulasan Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Tentang Produk Sabun Clay:

Sabun ini telah mula memasuki pasaran MLM dan mendapat pemintaan yang tinggi. Tanah liat putih yang dijadikan bahan campuran dalam sabun ini menjadi ubat yang baik terutama untuk sakit-sakit kulit seperti ekzema,gatal-gatal dan lain-lain lagi. Penggunaan tanah liat putih(clay) adalah antara 3 - 10% namun bagitu memberikan kesan yang cepat pada penyakit-penyakit tersebut.

Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang sukar diubati dalam perubatan moden tetapi mudah diubati dengan penggunaan sabun clay ini. Pada peringkat awal sabun ini tidak di letakkan pewangi tetapi keluaran baru telah di masukkan pewangi yang boleh menyegarkan pengguna. Insyaallah. Tanah liat putih juga akan dijual dipasaran dalam bentuk scrub badan tidak lama lagi dan ia memberikan pembersihan yang sebenar mengambil daripada kaedah fikh menyamak dengan 1 bahagian air tanah.

Dari testimoni yang telah disampaikan terutamanya daripada leader-leader di utara menunjukan pemintaan sabun clay akan meningkat sekali ganda dipasaran HPA. Insyaalah.


SABUN WHITENING & FIRMING SOAP

Posted by Al-Atiff at 19:31 0 comments



Di perbuat dari pinang muda dan pueraria membantu menghilangkan kesan-kesan hitam dan parut, memperbaiki warna kulit, menguatkan otot dan keanjalan kulit.

Menghilangkan noda-noda hitam di kulit dan meratakan tekstur kulit dan mengurangkan tanda penuaan.

Bersifat antifunggal dan antibakteria

Digunakan pada muka dan seluruh badan.
Kesan dapat dilihat selepas beberapa bulan pengamalan.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 18
Sabah & Sarawak: RM 21

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18


sabun bayi

Posted by Al-Atiff at 19:27 0 comments




Sabun bayi keluaran HPA sesuai untuk kegunaan bayi dan golongan dewasa.

Ianya bersifat lembut dan melegakan.

Diperbuat sepenuhnya dari sumber alami dan semulajadi yang menjadikan sabun bayi ini sesuai untuk mengatasi kegatalan kulit dan kulit sensitif.

Gliserin yang diambil dari minyak kelapa sawit dan beberapa bahan lain yang diambil dari tumbuhan membuatkan sabun ini bersifat hipoalergenik (tiada kerengsaan kulit).

Ianya tidak mempunyai pewarna serta pewangi dan tidak mengandungi sodium laureth sulfate (SLS) iaitu bahan kimia yang merangsang pembentukan buih.

Kombinasi bahan semulajadi yang terdapat dalam sabun bayi ini menjadikan kulit terasa bersih, lembut dan segar serta sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: RM 10

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 6
Sabah & Sarawak: RM 8

SABUN PEGAGA ALAMI

Posted by Al-Atiff at 19:22 0 comments






Sabun Pegaga Alami keluaran HPA, tiada yang sepertinya – tanpa SLS (sodium laureth sulfate), pH seimbang, hipoalergenik dan efektif.

Diperbuat daripada minyak kelapa sawit murni dengan gabungan herba pegaga dan bahan semulajadi yang mewujudkan sensasi dalam mandian.

Sesuai dijadikan lulur muka dan badan.

Tidak begitu berasid atau beralkali, ianya menjanjikan kelembutan yang maksima.

Pegaga (Centella asiatica) mempunyai bahan aktif yang dibuktikan secara saintifik mempunyai kesan positif terhadap kulit selain mengandungi vitamin A, B, D dan K.

Pegaga dapat meransang pembentukan lipid dan protein yang berguna untuk kulit di samping berkemampuan mengikat struktur kolagen dan membantu sintesis pemulihan tisu kulit.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 12
Sabah & Sarawak: RM 15


KENALI HPA

Posted by Al-Atiff at 17:50 0 comments
Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.

Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabung produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, lebih 200 jenis produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.

Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Penggabungan rohaniah dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.

“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba-herba Kita, Nescaya Mereka Akan Sanggup Menukarkannya Walaupun Dengan Ketulan-ketulan Emas”- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad



CIRI-CIRI PRODUK HERBA HPA

1) Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).
2) Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
3) Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
4) Menggunakan 100% herba.
4) Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.
6) Tidak mengandungi Steroid.
7) Melepasi ujian had kandungan logam berat.
8 ) Melepasi ujian had Mikrob.
9) Melepasi ujian had kecairan.
10) Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.
11) Gunakan tanpa was-was.

Herba HPA dikeluarkan dalam dua bentuk:-
1) Kapsul
2) Periuk

1) Kapsul :
Bagi pengguna yang telah sakit bertahun lamanya, penggunaan penggunaan kapsul adalah dicadangkan. Bagi mengelakkan daripada kesan terlalu panas seperti pening kepala, kering kerongkong, batuk dan lain-lain.
Herba jenis kapsul merupakan herba yang paling cepat larut dalam air dan sesuai digunakan untuk semua pengguna untuk pengetahuan semua pengedar. Kapsul yang digunakan adalah daripada Industri yang diakui halalnya.

2) Periuk:
Penggunaan herba periuk di dalam 2 bentuk iaitu:-
2.1) Air Rebusan
2.2) Pati Rebusan

2.1) Air Rebusan :
Air rebusan digunakan untuk sakit yang tidak melarat dan tidak terlalu serius dan pati rebusan digunakan untuk penyakit yang serius.
Aturan guna:-
1-Masukkan kesemua campuran ubat periuk ke dalam periuk (periuk tanah adalah yang terbaik.
2-Masukkan air yang sama sukatan dengan herba tersebut (1:1).
3-Panaskan dengan api yang perlahan hingga mendidih. Pastikan melebihi 1 jam.
4-Keluarkan herba dan simpan di dalam peti sejuk atau dijemur kering.
5-Minum air rebusan 3 kali sehari selepas makan (pagi, petang dan malam).
6-Dos yang ditentukan ialah satu cawan teh cina (20ml).
7- Panaskan air rebusan setiap kali hendak minum.
8-Minum air rebusan ini hingga habis dan ulangi dengan rebusan kali kedua.
9-Ubat periuk ini hanya unuk 3 kali ditambah air (14 hari).

2.2) Pati Rebusan :
1-Menggunakan ’slow cooker’.
2-Masukkan air yang telah dididih dengan kadar nisbah 1 bahagian herba dan 1 bahagian air dan gunakan set yang paling rendah selama 4 jam.
3-Minum secawan lompang dan cara ini khususnya untuk pesakit yang serius seperti kencing manis, kanser pangkal rahim dan kanser payu dara.

** Rawatan yang dinyatakan diatas diaplikasikan hanya selepas mendapat rundingan HPA.
 

AL-ATIF HPA Copyright 2009 Reflection Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez